Siri Huawei MateBook Terima Diskaun Sehingga RM580 dan Hadiah Bernilai RM1,000 0 179

Siri Huawei MateBook X dilancarkan pada hari yang sama siri Mate 20 di Kuala Lumpur bulan lalu, malah pada hari yang sama juga Huawei melaporkan unit laptop terbaharu mereka telah habis terjual.

Bersempena tarikh keramat 11.11 yang akan berlangsung minggu ini, anda boleh mendapatkan siri MateBook X dengan tawaran diskaun yang menarik sehingga RM580. Anda hanya perlu membeli baucar RM250 yang dijual pihak Huawei pada harga RM50 sahaja. Ini bermakna anda akan menerima potongan harga sebanyak RM200 pada hari tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Huawei turut memberikan diskaun tambahan 5% selain hadiah sampingan bernilai sehingga RM1,000 termasuk langganan Microsoft Office Home 365.

  • Baucar RM250 – beli pada harga RM50
  • Baucar RM160 – beli pada harga RM40
  • Baucar RM90 – beli pada harga RM30

Seperti contoh:

  • MateBook X Pro i7 (512GB): RM6,999 – baucar RM250 – 5% = RM6,412 (jimat RM587)
  • MateBook X Pro i5 (256GB): RM4,999 – baucar RM160 – 5% = RM4,597 (jimat RM402)
  • MateBook D (256GB): RM2,999 – baucar RM250 – 5% = RM2,612 (jimat RM386)

Baucar boleh dibeli di laman web Huawei https://shop.huawei.com/my dari sekarang hingga 10 November 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend