Siri Huawei Mate 30 Mungkin Hadir Dengan Kirin 985 Dan HongMeng OS Comments Off on Siri Huawei Mate 30 Mungkin Hadir Dengan Kirin 985 Dan HongMeng OS 956

Telefon pintar mercu siri Huawei Mate 30 bakal dilancarkan secara rasmi beberapa bulan dari sekarang. Barisan Mate 30 juga bakal menggantikan siri Huawei Mate 20 tahun ini dengan beberapa peningkatan daripada segi spesifikasi.

Seorang peniris di Twitter baru-baru ini telah meniup informasi mengatakan bahawa Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro akan dilengkapi cipset terbaru, Kirin 985 dan dijana sistem operasi terbaru, HongMeng OS.

Menurut peniris, siri Huawei Mate 30 akan diumumkan pada sekitar 22 September tahun ini – sebulan lebih awal berbanding dua tahun sebelum ini. Peniris yang menggunakan nama @RODENT950 turut mengesahkan dia tidak pasti sama ada sistem operasi HongMeng OS yang akan digunakan di China bakal digunakan di telefon pintar versi antarabangsa.

Terdahulul, Presiden Honor iaitu Zhao Ming turut mengesahkan sokongan Ark Compiler pada siri Honor 20 telah memperlihatkan kejayaan baharu pada sistem Android. Ini kerana sistem Android dengan sokongan Ark Compiler mampu menjanjikan prestasi setanding sistem operasi iOS, bahkan dalam situasi tertentu ia dilihat jauh lebih baik.

Baca juga:

Huawei Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar

Micron Turut Menghentikan Bekalan Cip Kepada Huawei

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend