Siri HUAWEI Mate 30 Merupakan Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan SoC 5G Pada Cipset Kirin 990 Comments Off on Siri HUAWEI Mate 30 Merupakan Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan SoC 5G Pada Cipset Kirin 990

Segala persoalan berhubung peranti mercu terbaharu dari siri Mate 30 keluaran HUAWEI sudahpun terjawab melalui pelancaran rasmi yang berlangsung di Munich, Jerman, pada 19 September 2019 yang lalu. Selain memfokuskan kepada keupayaan penggambaran SuperSensing yang dipertingkatkan, sokongan cipset yang digunakan juga telah mendapat perhatian ramai.

Siri HUAWEI Mate 30 merupakan telefon pintar pertama di dunia yang mengintegrasikan unit pemproses dan juga modem 5G di dalam satu cipset yang dikenali sebagai Kirin 990 5G SoC. Selain menjanjikan prestasi yang lebih berkuasa, sokongan proses 7nm+ EUV turut memastikan penggunaan tenaga lebih efisien.

Kirin 990 5G menyokong rangkaian 2G/3G/4G, mod 5G Non-StandAlone (NSA) serta StandAlone (SA), dan juga sokongan Dual SIM Dual Standby. Sebagai telefon pintar 5G generasi kedua, HUAWEI Mate 30 Pro 5G menampilkan sokongan 14 antena 5G yang mampu menjanjikan kelajuan Internet yang jauh lebih stabil dan pantas.

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

HUAWEI Mate 30 RS Diperkenalkan Dengan Rekaan Menawan Sentuhan PORSCHE DESIGN

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend