Siri HUAWEI Mate 30 Dipercayai Akan Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar Pantas Berkelajuan 25W Comments Off on Siri HUAWEI Mate 30 Dipercayai Akan Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar Pantas Berkelajuan 25W 250

Pengenalan pengecasan tanpa wayar pada peranti HUAWEI bukanlah sesuatu yang baru kerana teknologi ini sudahpun diperkenalkan pada model HUAWEI Mate 20 Pro pada tahun Oktober 2018 yang lepas. Ternyata HUAWEI tidak pernah berhenti daripada memperkenalkan inovasi yang lebih baik pada setiap peranti mercunya saban tahun.

Melalui perkongsian di Weibo, HUAWEI dilaporkan akan mempertingkatkan keupayaan pengecasan tanpa wayar daripada hanya 15W (Mate 20 Pro) kepada 25W untuk siri HUAWEI Mate 30 nanti. Apa yang pasti, kelajuan pengecasan pantas tanpa wayar itu nanti sudah tentunya jauh lebih pantas berbanding teknologi pengecasan pantas berwayar yang disokong oleh kebanyakan peranti di pasaran.

Sungguhpun begitu, buat masa ini masih belum dapat dipastikan sama ada HUAWEI akan hanya memperkenalkan teknologi pengecasan tanpa wayar 25W ini pada model Mate 30 Pro sahaja, ataupun pada kesemua varian dari siri tersebut.

Baca juga:

Diskaun Sehingga RM400 Untuk Unit Terhad Bagi Model HUAWEI Terpilih – 8 Hingga 15 Ogos 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend