Siri HUAWEI Mate 30 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 3 Oktober 2019 Di Malaysia Comments Off on Siri HUAWEI Mate 30 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 3 Oktober 2019 Di Malaysia

Majlis pelancaran global siri HUAWEI Mate 30 baru sahaja berlangsung pada 19 September yang lalu di Jerman, dan selepas lebih kurang dua minggu dirasmikan ia kini telah disahkan akan dilancarkan pula di Malaysia pada minggu depan iaitu 3 Oktober 2019.

Selain akan mengumumkan pelancaran siri Mate 30 dengan harga jualan tempatan, HUAWEI Malaysia turut menganjurkan Persidangan Ekosistem HUAWEI Malaysia (HMEC 19) yang akan memfokuskan kepada ekosistem holistik yang diperlukan untuk pertumbuhan aplikasi, produk dan pengalaman pengguna Malaysia.

Di dalam acara ini, HUAWEI Malaysia bukan sahaja akan mengumumkan harga jualan siri HUAWEI Mate 30, tetapi akan turut mendedahkan dengan lebih terperinci tentang program pemilikan eksklusif siri HUAWEI Mate 30.

Tonton video pengiklanan siri HUAWEI Mate 30:

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

HUAWEI Mate 30 Pro Berjaya Berada Di Kedudukan Teratas DxOMark Dengan 121 Poin

HUAWEI Mate 30 Mungkin Akan Ditawarkan Dalam Varian 128GB Dan 256GB Untuk Pasaran Malaysia?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend