Siri Huawei Mate 20 Dalam Warna Merah Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 10 Januari Comments Off on Siri Huawei Mate 20 Dalam Warna Merah Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 10 Januari

Selepas seminggu berita tentang warna baharu untuk siri Huawei Mate 20 tertiris di Internet, hari ini Huawei dengan rasminya telah mengumumkan bahawa warna tersebut akan mula diperkenalkan pada minggu ini iaitu 10 Januari nanti.

Perkara ini telah disahkan melalui pendedahan imej poster yang telah dikongsikan di dalam akaun Weibo rasmi Huawei China. Bahkan laman sesawang rasmi Huawei China juga turut menyelitkan imej Huawei Mate 20 Pro di dalam warna baharu itu.

Pengenalan edisi baharu di dalam warna merah yang dikenali sebagai ‘Fragrant Red’ ini merupakan alternatif pilihan warna baharu kepada pengguna, selain daripada lima warna sedia ada seperti Emerald Green, Sapphire Blue, Bright Black, Twilight, dan juga Cherry Powder.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend