Siri HUAWEI Mate 20 Bakal Menerima Kemas Kini EMUI 10 Versi Beta Bermula Hujung September 2019 Comments Off on Siri HUAWEI Mate 20 Bakal Menerima Kemas Kini EMUI 10 Versi Beta Bermula Hujung September 2019

HUAWEI P30 dan P30 Pro sebelum ini telah disahkan akan mula menerima kemas kini EMUI 10 versi beta bermula 8 September 2019 nanti, sekaligus menjadikan pemilik peranti ini sebagai yang terawal untuk mencuba antaramuka berasaskan Android 10 Q. Malah berita ketersediaan kemas kini itu juga telah disahkan sendiri oleh HUAWEI di Weibo hari ini.

HUAWEI turut mengumumkan penerimaan kemas kini EMUI 10 versi beta untuk empat lagi model keluarannya iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan juga Mate 20 RS Porsche Design. Selain peranti HUAWEI, kemas kini yang sama akan turut ditawarkan pada peranti HONOR iaitu untuk model HONOR 20, HONOR 20 Pro, HONOR V20 dan juga HONOR Magic2.

Setakat ini tiada tarikh spesifik yang didedahkan, tetapi HUAWEI merancang untuk memperkenalkan kemas kini EMUI 10 versi beta ini pada penghujung bulan September 2019 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend