Siri HUAWEI Mate 10 Dan Siri HUAWEI P20 Antara Peranti Yang Mula Terima EMUI 10 Versi Stabil Di China Comments Off on Siri HUAWEI Mate 10 Dan Siri HUAWEI P20 Antara Peranti Yang Mula Terima EMUI 10 Versi Stabil Di China

Sebagaimana yang kita sedia maklum, HUAWEI sebelum ini telahpun mendedahkan senarai telefon pintar keluarannya yang akan menerima kemas kini rasmi untuk EMUI 10 berasaskan Android 10. Bahkan buat masa ini siri HUAWEI P30 dan juga siri HUAWEI Mate 20 telahpun menjadi antara peranti terawal HUAWEI yang mula menerima kemas kini tersebut.

Menariknya melalui perkongsian di Internet, pemilik beberapa model terpilih di China iaitu daripada siri Mate 10, siri P20, Mate 20 X 5G, Nova 4e dan beberapa model lagi telah dilaporkan sudahpun mula menerima kemas kini EMUI 10 versi stabil. Berikut adalah senarai telefon pintar HUAWEI di China yang sudah mula menerima kemas kini tersebut:

  • HUAWEI Mate 10
  • HUAWEI Mate 10 Pro
  • HUAWEI Mate 10 RS Porsche Design
  • HUAWEI P20
  • HUAWEI P20 Pro
  • HUAWEI Mate 20 X 5G
  • HUAWEI Mate RS Porsche Design
  • HUAWEI Nova 4e
  • HUAWEI Enjoy 10 Plus
  • HUAWEI Enjoy 9s
  • HUAWEI Maimang 8
  • HUAWEI Maimang 7
  • HONOR 20i
  • HONOR 10 Youth Edition
EMUI 10 kini menampilkan pelbagai ciri-ciri baharu termasuklah aplikasi GameCentre dengan antaramuka yang diperbaharui.

Memandangkan unit global untuk senarai peranti di atas sudahpun dilaporkan mula menerima kemas kini EMUI 10 versi beta, ada kemungkinan besar peranti terpilih HUAWEI ini akan turut menerima kemas kini berasaskan Android 10 ini tidak lama lagi. Namun begitu, sebelum ini HUAWEI telah mendedahkan bahawa siri P20, siri Mate 10 dan juga P30 Lite/Nova 4e akan menerimanya bermula Mac 2020.

sumber

Baca juga:

[Tips] Cara Menjalankan Proses ‘Wipe Cache Partition’ Pada EMUI 10 Berasaskan Android 10

[Tips] Cara Mengaktifkan Aplikasi ‘GameCentre’ Pada Peranti HUAWEI Dengan Sokongan EMUI 10

EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 1 Juta Peranti HUAWEI Dan HONOR

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend