Siri Honor 20 Akan Diumumkan Di London Bulan Hadapan Comments Off on Siri Honor 20 Akan Diumumkan Di London Bulan Hadapan 183

Honor kini dalam persediaan untuk mengadakan majlis pelancaran peranti terbaharu mereka tidak lama lagi. Melalui poster acah yang tersebar di arena web sejak semalam, peranti yang ingin diperkenalkan adalah siri Honor 20. Mengikut pengiraan matematik, tarikh pelancaran ini jatuh pada 21 Mei 2019 di kota London.

Berdasarkan pada poster, siri Honor 20 dipercayai hadir dengan keupayaan kamera yang baik seperti siri Huawei P30. Ia dijangka dilengkapi kamera yang mampu mengambil gambar dengan terang walaupun persekitaran dalam keadaan gelap.

Tiada info lain dikongsikan termasuk spesifikasi peranti, apa-apapun persoalan ini akan terjawab pada hari pelancaran kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend