Silikon Lithium-Ion Dipercayai Mampu Menawarkan 10 Kali Ganda Kapasiti Bateri Pada Kos Lebih Rendah Comments Off on Silikon Lithium-Ion Dipercayai Mampu Menawarkan 10 Kali Ganda Kapasiti Bateri Pada Kos Lebih Rendah

Penyelidik di Universiti Alberta baru-baru ini telah mendedahkan bahawa mereka telah berjaya menemui cara untuk memasukkan silikon ke dalam teknologi lithium-ion untuk menghasilkan bateri dengan kapasiti 10 kali ganda lebih besar berbanding bateri konvensional.

Berikutan penghasilan bateri lithium menggunakan grafit tulen yang kini harganya telah melambung kerana permintaan yang tinggi, ia secara tidak langsung turut mempengaruhi kos pembuatan bateri lithium-ion. Memandangkan kos silikon adalah jauh lebih murah, ia telah mendorong pakar kimia di universiti tersebut untuk menggunakan silikon dalam penghasilan bateri Lithium-ion.

Melalui kajian yang dijalankan, nanopartikel silikon akan diletakkan di dalam gel udara yang digabungkan dengan graphene untuk meningkatkan kekonduksian. Berdasarkan ujian yang dilakukan telah mendapati bahawa semakin kecil unit yang digunakan, semakin besar kapasiti anod dapat disimpan. 3 nanometer partikel silikon boleh menjana lebih daripada 10 kali kapasiti anod jika dibandingkan sebelum ini.

Tetapi sebagaimana kebanyakan penyelesaian baharu yang ditemui, sudah tentunya terdapat masalah atau isu di sebaliknya. Dalam kes ini, saintis masih perlu mengambil kira cara untuk menghasilkan nanopartikel silikon dalam kuantiti yang besar untuk dikomersialkan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend