Shopee Tawar Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia Pada Harga Diskaun Comments Off on Shopee Tawar Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia Pada Harga Diskaun

Bagi yang meminati kumpulan BLACKPINK, ini mungkin berita baik buat anda apabila Shopee mengumumkan mereka bakal menjual tiket rasmi ke konsert BLACKPINK di Malaysia pada bulan Februari tahun hadapan.

Konsert K-pop ini akan berlangsung selama dua hari bermula 23 Feb dan berakhir pada 24 Feb 2019. Menariknya, anda boleh mendapatkan tiket pada harga yang lebih murah dengan tawaran diskaun sebanyak 10%.

Anda tidak perlu khuatir untuk membeli tiket di Shopee kerana ia dijamin asli kerana dijual oleh kedai rasmi YG Entertainment. Bagaimanapun, anda hanya boleh mendapatkan dua tiket sahaja untuk setiap transaksi. Jika ingin mendapatkan lebih, anda boleh membuat transaksi yang seterusnya.

Senarai harga tiket mengikut zon tempat duduk:

  • Red Zone (23 Feb 2019): RM606.10 (asal RM673) – jimat RM66.90.
  • Red Zone (24 Feb 2019): RM606.10 (asal RM673) – jimat RM66.90.
  • Blink Zone Left (24 Feb 2019): RM624.10 (asal RM693) – jimat RM68.90.
  • Blink Zone Right (24 Feb 2019): RM624.10 (asal RM693) – jimat RM68.90.

Ketersediaan tiket di Shopee:

  • 24 Dis 2018 (12.00 pm) untuk konsert 23 Feb 2019.
  • 31 Dis 2018 (12.00 pm) untuk konsert 24 Feb 2019.

Selain tiket anda juga boleh mendapatkan cenderahati eksklusif BLACKPINK di https://shopee.com.my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend