Shopee Pecah Rekod Dengan 80 Juta Barangan Terjual Semasa Kempen 12.12 Birthday Sale Comments Off on Shopee Pecah Rekod Dengan 80 Juta Barangan Terjual Semasa Kempen 12.12 Birthday Sale

Shopee 12.12 Birthday Sale yang berlaku semalam sekali lagi melakar pencapaian yang memecah rekod. Dilaporkan sebanyak 80 juta barangan telah terjual dan 80 juta kunjungan telah direkodkan sepanjang sehari kempen diadakan semalam.

Di Malaysia, lebih daripada 600,000 barangan telah berjaya dijual dalam tempoh sejam pertama. Produk tempatan yang dihasilkan oleh perniagaan mikro tempatan dan usahawan di bawah halaman kempen Beli Barangan Malaysia juga menyaksikan peningkatan pesanan melebihi 70% pada hari tersebut.

“Hasil yang memberangsangkan daripada 12.12 Birthday Sale kami menunjukkan bahawa masyarakat percaya, dan yakin pada Shopee untuk memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang terbaik.

Ia juga merupakan petanda bahawa dari segi kepelbagaian produk, perkhidmatan, dan pengalaman pelanggan kami, Shopee melakukannya secara betul. Shopee kini menjadi aplikasi membeli-belah harian pilihan untuk semua penduduk di rantau ini, dan kami komited untuk menjadikan e-dagang mudah dan dapat diakses oleh semua.” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee kepada media.

Shopee platform membeli-belah atas talian yang pantas berkembang, lantas menjadi pilihan kepada pengguna di Asia Tenggara dan Taiwan. Menurut laporan suku ketiga 2019 oleh iPrice, Shopee merupakan laman web eDagang yang paling banyak dikunjungi di desktop dan telefon pintar di seluruh rantau ini. Ia juga merupakan aplikasi yang berada di kedudukan tertinggi dalam kategori Beli-belah mengikut purata pengguna bulanan aktif di seluruh Asia Tenggara.

Produk yang paling laris dijual pada 12 Disember antaranya adalah keperluan harian seperti cecair pencuci, pencuci mesin basuh, kotak simpanan kasut dan alat tulis. Di samping itu, pengguna kini menjadi lebih bijak dalam mendapatkan maklumat sebelum membuat pembelian. Sejumlah 180,000 jam telah direkodkan bagi strim Shopee Live sepanjang acara yang menyaksikan pengguna berinteraksi dengan jenama dan penjual kegemaran mereka.

Kejayaan Shopee 12.12 Birthday Sale juga mempamerkan peningkatan keyakinan dalam membeli-belah atas talian di rantau ini. Pengguna di luar ibu kota juga semakin banyak menggunakan platform atas talian untuk menjual atau membeli produk yang tidak dapat diakses sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend