Shopee Menawarkan Daging Segar, Makanan Laut dan Sayur-Sayuran Untuk Pengguna Di Lembah Klang Comments Off on Shopee Menawarkan Daging Segar, Makanan Laut dan Sayur-Sayuran Untuk Pengguna Di Lembah Klang

Bagi membuka pelbagai kemungkinan baharu, Shopee selaku platform eDagang nombor satu di Malaysia telah mengumumkan penghantaran bahan makanan segar terus ke kediaman pengguna di negara ini.

Melalui pengenalan kategori baharu ini, pengguna boleh mendapatkan pelbagai barang makanan mentah seperti daging segar, makanan laut dan juga sayur-sayuran terus melalui platform atas talian. Buat masa ini, Fish Club dan FreshTap akan menjadi perintis dalam menerajui pelancaran kategori barang makanan mentah dengan menawarkan lebih 60 jenis hasil segar yang berlainan.

Fish Club akan menawarkan tangkapan segar dari kampung nelayan Pontian seperti ikan bawal, udang laut, ikan senangin rambut empat, salmon, belut dan kekapis yang diimport. Bagi mengekalkan kesegaran, makanan laut ini akan disimpan dalam bekas vakum serta dibekukan sebaik sahaja makanan laut itu dibuang sisiknya, disiang dan dipotong.

Pengguna yang membeli dari kedai rasmi Fish Club ‘fishclubmy’ boleh menikmati kadar rata RM20 untuk penghantaran, atau berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk menikmati penghantaran percuma.

Manakala FreshTap ‘freshtap.my’ pula akan menawarkan daging segar, makanan laut dan juga sayur-sayuran hijau, kekacang dan kentang. Dihantar dan dipek di Sekinchan dan Kuala Selangor, pengguna akan menikmati makanan segar dalam masa yang singkat dengan kadar rata penghantaran sebanyak RM12.

Pengguna yang membeli dari Fish Club dan FreshTap di Shopee akan menerima hasil segar dalam masa 1 hingga 3 hari. Untuk permulaan, program perintis ini akan dijual di bandar-bandar utama di Lembah Klang, sebelum dilancarkan ke seluruh negara pada masa akan datang.

Untuk memulakan pelancaran tawaran baharu ini di Shopee, para pembeli boleh menikmati diskaun 50% semasa Jualan Kilat Shocking Sale pada 3 dan 4 Mac 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend