Shopee Menaja Pasukan Mobile Legends ‘Team Bosskurr’ – Kini Dikenali Sebagai ‘Shopee Bosskurr’ Comments Off on Shopee Menaja Pasukan Mobile Legends ‘Team Bosskurr’ – Kini Dikenali Sebagai ‘Shopee Bosskurr’

Shopee selaku peneraju platform e-dagang di Asia Tenggara dan Taiwan telah mengumumkan untuk menaja pasukan Mobile Legends iaitu ‘Team Bosskurr’, yang kini lebih dikenali sebagai ‘Shopee Bosskurr’.

Melalui jalinan kerjasama antara Bosskurr dan Shopee Malaysia, Shopee Bosskurr turut membuka kedai rasmi di Shopee bagi membolehkan penyokong pasukan itu untuk membeli pelbagai barangan eksklusif yang dijual oleh pasukan tersebut. Bahkan ia juga turut membantu kesedaran terhadap e-sukan dengan lebih meluas berikutan Shopee memiliki sekitar 16 juta pengguna.

Antara produk eksklusif yang boleh dibeli dari kedai rasmi Shopee Boksskur di platform Shopee.

Bagi menyokong bakat tempatan dan juga komuniti e-sukan, Shopee Malaysia dan Shopee Bosskurr akan turut menganjurkan pertandingan Mobile Legends pada masa akan datang.

Pasukan Shopee Bosskurr terdiri daripada enam ahli iaitu Faris Zakaria (Shopee Bosskurr Soloz), Abdul Wandi (Shopee Bosskurr Logan), Andi Alfian (Shopee Bosskurr Gripex), Herwin Baharuddin (Shopee Bosskurr Rush), Sopian Sultan (Shopee Bosskurr Penjahat), dan juga Ahmad Fuad Razali (Shopee Bosskurr Fredo).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend