Shopee Lancar Kempen ‘Shopee Kongsi Fa Cai’ Menawarkan Sejumlah Aktiviti Dengan Hadiah Menarik 0 205

Selain daripada kempen 11.11, kita juga boleh menikmati potongan harga istimewa semasa musim perayaan. Kini yang bakal tiba adalah kempen musim Tahun Baru Cina oleh Shopee yang dinamakan Shopee Kongsi Fa Cai.

Kempen yang berlangsung bermula hari ini hingga 6 Februari 2019 depan membawakan pelbagai hadiah menarik, peraduan media sosial, serta tawaran dan serta diskaun hebat daripada jenama seperti Watson, Samsung, Senheng, Maybelline, VOIR, dan Elianware.

Menariknya, Shopee juga memberikan tawaran lebih hebat bermula dari 14 hingga 16 Januari dan dari 22 hingga 24 Januari mengikut tema berlainan seperti CNY Essential Festival, Shocking Sale Festival, Shopee Mall Festival, Cashback Festival, dan CNY Mega Festival.

Sepanjang tempoh kempen, anda boleh menyertai aktiviti menarik seperti berikut:

  • ‘88% pulangan tunai’ setiap hari untuk setiap perbelanjaan.
  • ‘88,888 Kotak Misteri’ pada separuh harga untuk pelbagai jenama.
  • ‘Shopee Shake’ untuk merebut hadiah berjumlah bernilai RM888,888.
  • ‘Shopee CNY Live Quiz’ dengan menjawab soalan mengenai topik semasa. (14 hingga 31 Jan, setiap 12 tgh hari dan 22 hingga 24 Jan, 12 tgh hari dan 8 malam)
  • ‘Shocking Sale’ dengan diskaun sehingga 88% ke atas produk.

Mengambil kesempatan kempen ini, Shopee turut membawa masuk beberapa kedai rasmi seperti MSI, Logitech, Etude House, Crocs, ELLE, Anmum, dan World of Sports.

Setakat ini Shopee telah memiliki 16 juta pelanggan, adakah anda salah sorang daripadanya? Kongsikan produk apa yang selalu anda beli.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend