Shopee Buat Tawaran Menarik Sempena Tahun Baharu Cina – Berlangsung Hingga 28 Januari Comments Off on Shopee Buat Tawaran Menarik Sempena Tahun Baharu Cina – Berlangsung Hingga 28 Januari

Shopee menyambut kedatangan tahun 2020 dengan Jualan Tahun Baru Cina (CNY) sebagai permulaan kepada sebuah tahun yang lebih hebat yang penuh dengan tawaran serta diskaun. Berlangsung hingga 28 Januari, kempen ini mempamerkan pelbagai produk baharu, penghantaran percuma RM18, perkhidmatan baharu serta permainan dan hiburan baharu – semuanya dapat dinikmati di dalam dan luar platform.

Pengguna pastinya tidak mahu terlepas RM8 prosperity deals untuk CNY Hampers, minuman Coca-Cola (325ml x 24), set alat memasak Tefal, Cheongsam, kipas berdiri Khind dan banyak lagi. Jongkong emas premium juga boleh didapati pada harga RM1. Beberapa tawaran CNY lain boleh dinikmati termasuk KIT-KAT berperisa limau Mandarin dan Eu Yan Sang Bird’s Nest Mouse Gift Box.

Shopee sentiasa memberi pengguna sesuatu untuk diraikan, dan offline deals daripada kategori makanan dan minuman kepada perkhidmatan, hotel dan taman tema melalui ciri Reloads, Vouchers and Bills dalam aplikasi adalah tawaran yang mesti dimiliki oleh pengguna.

Kurangkan perbelanjaan semasa berkumpul beramai-ramai dengan keluarga dengan diskaun ketika menikmati makanan di cawangan pedagang baharu Shopee – Hawker Chan yang dianugerahkan Michelin Star, Dragon-i, Purple Cane, SouperTang dan Tony Roma’s.

Nikmati perkhidmatan pakar dengan membeli baucar untuk perkhidmatan kecantikan atau dapatkan bantuan perkhidmatan pembersihan. Memandangkan ramai akan berada dalam perjalanan ke destinasi masing-masing, kenderaan yang dipandu harus menjalani servis!

Pilihan servis asas daripada menukar tayar kepada penyelenggaraan kereta secara menyeluruh boleh didapati dengan satu klik. Pastikan juga anak-anak kecil berada dalam keadaan selamat dengan mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak daripada serendah RM88.

Ingin menaik taraf rumah untuk menarik perhatian saudara-mara? Penjual-penjual Shopee yang mengambil bahagian meningkatkan huat dengan menjamin rakyat Malaysia harga terendah untuk mesin basuh dan pengering, pendingin hawa, peti sejuk, televisyen, ketuhar dan banyak lagi.

Pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia bakal mendapat tawaran yang lebih hebat kerana semua barangan ini dapat dihantar kepada mereka, secara percuma mulai sekarang hingga 21 Januari.

Shopee juga menjangkakan peningkatan pesanan pada CNY ini, terutamanya untuk barangan besar seperti set makan, almari, katil dan sofa. Memandangkan barang-barang ini kebiasaannya berat, pelantikan rakan kongsi logistik pihak ketiga, Ninja Van, tepat pada masanya kerana mereka boleh mengendalikan penghantaran hingga 90kg.

Menghangatkan demam CNY, Shopee memperkenalkan permainan bertemakan CNY seperti Shopee Ang Pow dan Fortune Sticks, semua dengan baucar bernilai sejumlah RM88,000 dan lebih daripada 18 juta Shopee Coins untuk dimenangi.

Dengan begitu banyak tawaran yang dapat dinikmati, pembeli akan masih ingin menandakan tarikh 13 Januari untuk Huat Ah! Huat Ah! Sale di mana platform ini menawarkan promosi yang tidak dapat ditandingi daripada semua kategori, Shocking Sale yang diperluas, dan Jongkong Emas 10gram bernilai RM2250 untuk hanya RM1 dalam One or Not.

Jualan CNY Shopee disokong oleh jenama seperti Nestlé, Unilever, Vinda, P&G, Watsons, Enfagrow, Friso, Realme, Photobook, dan Tesco, dan rakan kongsi seperti FPX, RHB, Standard Chartered, United Overseas Bank, antara lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend