Shopee Berjaya Mencatatkan Rekod Lebih 12 Juta Pesanan Dalam Jualan Ulang Tahun 12.12 Comments Off on Shopee Berjaya Mencatatkan Rekod Lebih 12 Juta Pesanan Dalam Jualan Ulang Tahun 12.12

Shopee selaku platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, baru-baru ini telah berjaya memecahkan semua rekod yang pernah dicatatkan sebelum ini dalam Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee (Shopee 12.12 Birthday Sale). Pada 12 Disember yang lalu, Shopee dilaporkan telah berjaya menerima lebih daripada 12 juta pesanan dari seluruh rantau ini.

Kejayaan ini berjaya dicapai selepas mendapat sokongan daripada lebih 450,000 jenama serta rakan dagang, dan Shopee telah menerima 48 juta kunjungan daripada pengguna yang berminat untuk mendapatkan 60 juta tawaran hebat. Malah permainan Shopee Shake juga telah dimainkan sebanyak 46 juta kali sepanjang kempen berlangsung.

Sebagai rujukan, tiga kategori utama yang paling popular di kalangan pengguna di Malaysia ialah Kesihatan dan Kecantikan, Kediaman dan Kehidupan, dan juga Bayi dan Mainan. Bahkan jenama utama seperti Watsons, Nestle, Pet Pet, Realme dan Petronas muncul sebagai kategori paling mendapat perhatian pengguna.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend