Shopee Berjaya Mencatatkan Lebih 11 Juta Pesanan Sempena Acara ‘Shopee 11.11 Big Sale’ 0 292

Shopee selaku platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, hari ini telah mengumumkan kejayaan bersempena kempen ‘Shopee 11.11 Big Sale’ pada 11 November yang lepas. Berikutan daripada sambutan luar biasa pengguna, Shopee telah berjaya memecahkan rekod tahun lepas pada jam 7.46 pagi.

Dalam tempoh 24 jam, lebih daripada 11 juta pengguna telah membuat pesanan di Shopee dan jumlah pesanan ini adalah 4.5 kali ganda lebih besar berbanding tahun 2017. Malah jumlah kunjungan juga mencecah lebih 42 juta, dan pada waktu kemuncak jualan lebih 58,000 barangan telah berjaya dijual dalam tempoh satu minit.

Pada 11 November itu juga, jenama dan penjual utama yang menyertai kempen itu telah menerima peningkatan pesanan sehingga 716 kali ganda dan purata pertambahan pengunjung lebih 750%. Tiga kategori barangan telah mendapat perhatian pengguna pada hari tersebut iaitu Kesihatan & Kecantikan, Telefon Bimbit & Aksesori dan juga Kediaman & Kelengkapan.

Bahkan Realme 2 Pro yang dijual secara eksklusif buat pertama kalinya di Malaysia turut menjadi telefon pintar paling laris jualannya pada hari tersebut. Jadi bagi menghargai sokongan pengguna, Shopee akan mengadakan kempen ‘Shopee 11.11 Thank You Sale’ selama tiga hari mulai 12 hingga 14 November ini.

Jika anda berminat untuk memiliki Realme 2 Pro, ia boleh dimiliki semula pada 15 November ini dengan tanda harga bermula RM849 di https://shopee.com.my/realme.os.

Baca juga:

Realme 2 Pro Diiktiraf ‘Produk Paling Laris’ di Shopee Pada 11.11 – 2,500 Unit Dalam Masa 3 Jam

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend