Shopee Anjur Kempen ‘9.9 Super Shopping Day’ – Diskaun Sehingga 99% Comments Off on Shopee Anjur Kempen ‘9.9 Super Shopping Day’ – Diskaun Sehingga 99%

Shopee hari ini melancarkan kempen yang diberi nama Shopee 9.9 Super Shopping Day – yang kita sedia maklum promosi besar-besaran untuk tahun 2018.

Selepas kejayaan tahun lalu yang mendapat sehingga 3-kali ganda pesanan dan 5-kali ganda peningkatan trafik e-dagang, Shopee berbesar hati untuk menganjurkan semula kempen tahun lalu tetapi lebih meriah dengan 14 hari promosi bermula 27 Ogos hingga 9 September 2018.

Sebanyak 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 kerjasama korporat mengambil bahagian dalam promosi kali ini. Sebanyak 14 tema berbeza akan diadakan sepanjang 14 hari. Menariknya pengguna boleh mendapatkan potongan diskaun sehingga 99% untuk produk terpilih setiap hari.

Pada 27 Ogos, Shopee akan memperkenalkan Super Brands Festival yang membolehkan orang ramai mendapatkan produk-produk terkenal seperti Nestle, L’Oreal, Rusell, Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons, dan PETPET juga dengan diskaun 99%.

Pada masa sama, Shopee juga menyediakan 99 juta syiling maya kepada para pengguna. Shopee Shake membolehkan pengguna menggoncang telefon pintar untuk mendapat syiling tersebut. Syiling maya ini boleh ditebus kepada nilai wang ketika membuat pembelian dalam aplikasi

Muat turun Shopee: Play Store

Muat turun Shopee: App Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend