‘Shopee 9.9 Super Shopping Day’ Berjaya Pecah Rekod Pesanan Tiga Kali Ganda Berbanding Tahun 2018 Comments Off on ‘Shopee 9.9 Super Shopping Day’ Berjaya Pecah Rekod Pesanan Tiga Kali Ganda Berbanding Tahun 2018 575

Shopee selaku platform eDagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan, hari ini telah mengumumkan bahawa promosi jualan ‘Shopee 9.9 Super Shopping Day’ merupakan promosi yang paling berjaya pernah dianjurkan oleh mereka setakat ini. Malah ia juga telah mencatatkan rekod yang jauh lebih baik berbanding tahun 2018:

  • 3 kali ganda jumlah pesanan berbanding tahun 2018
  • 187,606 barangan dijual dalam tempoh seminit pada waktu puncaknya
  • Lebih daripada 113 juta tawaran ditawarkan

Kejayaan ini turut didorong oleh penyediaan ciri-ciri menarik pada aplikasi Shopee, ini termasuklah Shopee Live yang telah berjaya mengumpul 50 juta tontonan secara keseluruhan, dan juga permainan interaktif seperti Goyang Shopee serta Shopee Quiz yang telah dimainkan berjuta-juta kali.

Kerjasama antara Shopee dengan duta jenama Christiano Ronaldo turut menyaksikan permulaan yang positif, apabila iklan televisyen pertama bintang terkenal itu berjaya mendapatkan 35 juta tontonan dalam talian setakat ini. Lebih istimewanya, penstriman langsung Christiano Ronaldo pada 28 Ogos yang lalu telah mendekatkan peminatnya dengan ikon bola sepak pujaan ramai ini.

Trend pembelian di Shopee pada 9 September 2019:

  • Jenama Paling Popular – Mr DIY, Mydin, Nestle, Vivo, Vinda, Maybelline, Carlo Rino
  • Kategori Utama – Kelengkapan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Telefon & Aksesori
  • Barangan Paling Laris – Fon telinga tanpa wayar, kasut, telefon pintar, periuk tekanan, ketuhar elektrik, kelengkapan tempat tidur dan tuala, penapis minyak kenderaan bermotor, MILO
  • Kata Kunci Paling Hangat – Blaus, burger, PlayStation 4, Milo, iPhone

Bagi menghargai penggunanya, Shopee kini sedang menganjurkan jualan promosi ‘Thank You Sale’ yang menawarkan harga jualan yang jauh lebih rendah berbanding harga asalnya.

  • Beli pelbagai barangan pada harga murah sempena ‘Thank You Sale’, eksklusif di Shopee 
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend