‘Shopee 12.12 Birthday Sale’ Janjikan Tawaran Harian RM12 Dan 12 Juta Shopee Coins Untuk Dimenangi Comments Off on ‘Shopee 12.12 Birthday Sale’ Janjikan Tawaran Harian RM12 Dan 12 Juta Shopee Coins Untuk Dimenangi 292

Bermula hari ini hingga 12 Disember, Shopee akan mengadakan ‘Shopee 12.12 Birthday Sale’ yang menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi menarik, termasuklah tawaran harian RM12, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, dan juga 12 juta Shopee Coins untuk dimenangi dalam aktiviti Shopee Catch.


Serentak dengan promosi ini, pengguna Shopee turut boleh menikmati tawaran dan diskaun eksklusif dari jenama popular seperti Mydin, Petronas, AEON Big, Castrol, DNA by Dynas, Mikaseries, Bridgestone Bicycle, SimplySiti by Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Phewiiit by Amy Search, White Fluffy by Janna Nick, dan banyak lagi jenama yang hanya boleh didapati di Shopee pada 12.12 Birthday Sale.

Pengguna Shopee juga kini boleh menambah nilai kredit telefon bimbit dan membayar bil Astro, air dan elektrik melalui menu baharu iaitu Reloads, Vouchers, and Bills. Pengguna juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai Shopee Coins sebanyak 10% semasa membayar bil, dan pulangan tunai dinaikkan kepada 12% pada 12 Disember 2019 (sekali sahaja sepanjang kempen).

Kedai rasmi [email protected] turut dilancarkan di Shopee oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kementerian dalam memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan luar bandar.

Sebagai permulaan, kedai rasmi [email protected] di Shopee menawarkan 100 produk yang terdiri daripada tayar, bahagian alat ganti dan minyak enjin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend