Shopee 11.11 Kali Ini Menawarkan Toyota Vios Pada Harga RM1 Comments Off on Shopee 11.11 Kali Ini Menawarkan Toyota Vios Pada Harga RM1 501

Tarikh 11.11 sangat sinonim dengan promosi istimewa di platfom e-dagang malah kali ini Shopee menawarkan diskaun besar-besaran untuk kebanyakan produk yang dijual. Dalam kempen ini Shopee menawarkan Toyota Vios pada harga RM1 selain penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11 dan pulangan tunai harian sehingga 111%.

Pelbagai tawaran hebat daripada jenama seperti Carlo Rino, P&G, Nestle, realme, Tefal, Mr. DIY, Enfagrow, Nutox, Universal Traveller, Samsung, Watsons, HONOR, HomeHuk, Photobook Malaysia, Vinda, L’Oreal, dan Unilever menanti pelanggan sepanjang tempoh kempen dari 24 Oktober hingga 11 November 2019.

Turut serta buat pertama kali dalam 11.11 Big Sale ialah jenama F&B terkemuka seperti KFC dengan diskaun eksklusif sehingga 52% hanya pada 11 November. Bank-bank utama seperti CIMB, Citibank, HSBC, RHB, Standard Chartered, dan UOB juga turut serta dengan diskaun khas buat pemegang kad masing-masing. Manakala bagi pengguna e-wallet Boost pula, anda boleh membeli baucar tunai Shopee pada 10% untuk penjimatan lebih baik.

Dalam kempen ini, Shopee dengan kerjasama MAKNA (Majlis Kanser National Malaysia) kini mengadakan aktiviti amal yang mana pelanggan boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM5 di kedai ShopeeMAKNA. Pelanggan yang membuat sumbangan pula boleh mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNA. Sumbangan yang terkumpul akan disalurkan kepada pesakit kanser yang kurang mampu untuk rawatan di hospital.

Pada masa sama Shopee turut hadir dengan permainan untuk semua pengguna menerusi aplikasi. Antara permainan yang disediakan adalah Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg, Shopee Quiz, dan Shopee Coins disamping baucar untuk dimenangi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend