Sharp Aquos Zero 2 Dengan Paparan 240Hz Akan Dijual Di Jepun Pada Suku Pertama 2020 Comments Off on Sharp Aquos Zero 2 Dengan Paparan 240Hz Akan Dijual Di Jepun Pada Suku Pertama 2020

Sharp Aquos Zero telah dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu, kini generasi kedua iaitu Aquos Zero 2 telah diperkenalkan dengan beberapa tingkat taraf. Walaupun telah dilancarkan pada penghujung September lepas, telefon ini dilaporkan akan mula dijual di pasaran Jepun pada suku pertama tahun hadapan. Selain Jepun, Taiwan juga akan menerima kehadiran peranti ini.

Apa-apapun Aquos Zero 2 ialah telefon berspesifikasi tinggi yang menawarkan paparan OLED 6.4-inci dengan sokongan kadar segar semula sehingga 240Hz. Skrin ini juga melengkung dengan berat tubuh 143 gram. Memandangkan ia telefon yang ringan, bateri yang dimuatkan juga agak kecil iaitu hanya sebesar 3130mAh.

Selain dengan kemampuan skrin yang setara dengan monitor permainan, Aquos Zero 2 juga hadir dengan pengimbas jap jari dalam skrin, sokongan Dolby Vision, HDR10, dan takuk yang menempatkan kamera depan 8MP.

Sementara kamera belakang pula menyediakan sensor 12.2MP dan 20.1MP yang kedua-duanya diproses menggunakan cipset Snapdragon 855. Ia dibantu memori 8GB RAM dan 256GB storan diatas sistem operasi Android 10 terus dari kotak. Namun begitu, tiada tanda harga diumumkan setakat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend