Servis Upah Pasang Dan Pelindung Skrin Percuma Sempena ‘Huawei Service Day’ – 3 & 4 Mei 2019 Comments Off on Servis Upah Pasang Dan Pelindung Skrin Percuma Sempena ‘Huawei Service Day’ – 3 & 4 Mei 2019

Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pertama pada setiap bulan, Huawei Malaysia sebelum ini telah menganjurkan kempen promosi ‘Huawei Service Day’. Jadi sekiranya anda bercadang untuk menghantar peranti Huawei anda yang  telah kehabisan jaminan waranti untuk dibaiki, hari ini (3 Mei) dan Sabtu (4 Mei) merupakan masa yang sesuai kerana tiada servis upah pasang akan dikenakan.

Apa yang lebih menariknya, setiap peranti yang telah diservis akan turut dipasang dengan pelindung skrin daripada Huawei secara percuma selepas peranti dibaiki (anda dikehendaki Like atau komen perkongsian di Facebook Huawei Malaysia). Selain itu, peranti Huawei yang dihantar juga akan turut menerima perkhidmatan pembasmian kuman secara percuma. Berikut adalah senarai telefon pintar yang layak menerima pemasangan pelindung skrin percuma:

  • Huawei P10, P10 Plus, P10 Lite, P20 dan P20 Pro
  • Huawei Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X
  • Huawei Nova Lite, Nova 2 Lite, Nova 2i, Nova 3 dan Nova 3i
  • Huawei Y9 dan Y Max

Untuk maklumat lanjut berhubung promosi ‘Huawei Service Day’, sila layari https://consumer.huawei.com/my/support/service-day/

Baca juga:

‘Huawei Service Day’ Menawarkan Servis Upah Pasang Percuma Untuk Peranti Tanpa Waranti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend