Sertai Peraduan Mudah Untuk Memenangi ASUS ZenFone Max Pro (M1) Di Instagram Rasmi ASUS Mobile Malaysia Comments Off on Sertai Peraduan Mudah Untuk Memenangi ASUS ZenFone Max Pro (M1) Di Instagram Rasmi ASUS Mobile Malaysia

Untuk pengetahuan anda, ASUS Mobile Malaysia telah disahkan akan melancarkan model terbarunya iaitu ASUS ZenFone Max Pro (M1) secara rasmi di negara ini pada minggu hadapan iaitu 31 Mei 2018 nanti. Jadi bagi menyambut ketibaan model yang memfokuskan aspek ketahanan bateri yang lebih lama dengan sokongan bateri berkapasiti 5000 mAh, ASUS Mobile Malaysia menawarkan peluang kepada anda untuk memenangi peranti tersebut melalui satu peraduan mudah.

Cara menyertainya:

  1. Follow Facebook dan Instagram ASUS Malaysia.
  2. Teka tagline yang dipaparkan dan jawab di ruangan komen Instagram ASUS Mobile Malaysia.
  3. Letakkan tanda pagar #MaxProM1 #GameKawKaw, dan tag rakan-rakan anda.

Peraduan ini bermula hari ini 25 Mei 2018 hingga 30 Mei 2018 nanti, dan seorang pemenang dengan jawapan yang betul akan dipilih secara rawak. Nama pemenang akan diumumkan di dalam Facebook rasmi ASUS Mobile Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend