Sertai Kempen ‘Demam Bola Bersama Shopee’ Dan Menangi Jemputan Eksklusif Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee – 14 Jun Hingga 15 Julai 2018 Comments Off on Sertai Kempen ‘Demam Bola Bersama Shopee’ Dan Menangi Jemputan Eksklusif Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee – 14 Jun Hingga 15 Julai 2018

Sempena kemuncak perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan juga Shopee Piala FA Malaysia yang bakal melanda para peminat bola sepak tempatan, Shopee telah melancarkan kempen ‘Demam Bola bersama Shopee’ selama sebulan bermula dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018 nanti.

Sebagai tanda penghormatan kepada pasukan bola sepak tempatan yang bertanding dalam perlawanan Piala FA Malaysia, Shopee akan menganjurkan aktiviti undian pada setiap hari Isnin hingga Khamis di laman Facebook rasmi Shopee. Pengguna hanya perlu mengundi pasukan kegemaran mereka, meneka keputusan perlawanan, dan juga memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak. Malah pengguna juga akan turut menerima mata dalam pertandingan ini setiap kali mereka membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Sebagai ganjaran, majlis tontonan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 ini akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018 nanti. Lebih menariknya, peminat pasukan tersebut juga akan turut membawa pulang baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Shopee juga akan turut mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap hari Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu.

Tidak cukup dengan itu, sepanjang tempoh ini juga peminat bola sepak boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di Shopee. Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ‘Demam Bola bersama Shopee’, sila layari https://shopee.com.my/m/demam-bola.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend