Sertai Acara ‘JBL Concert Run’ Dan Nikmati Promosi Pakej Pendaftaran ‘Beli 2 Percuma 1’ – 22 Jun Hingga 30 Jun 2018 Comments Off on Sertai Acara ‘JBL Concert Run’ Dan Nikmati Promosi Pakej Pendaftaran ‘Beli 2 Percuma 1’ – 22 Jun Hingga 30 Jun 2018

Bagi anda yang berminat untuk menyertai acara maraton, kini promosi pendaftaran untuk menyertai acara ‘JBL Concert Run 2018’ yang akan diadakan pada hari Sabtu, 15 September 2018 (7 petang) bertempat di Sunway Lagoon Surf Beach, telah dilanjutkan bermula dari 22 Jun hingga 30 Jun 2018 ini.

Sepanjang promosi ini diadakan, peserta yang berminat boleh menikmati promosi pakej pendaftaran ‘beli 2 percuma 1’ untuk menyertai acara maraton JBL Concert Run 2018. Ini bermakna anda boleh mendapatkan harga hanya RM238 untuk 3 peserta berbanding harga asalnya RM357. Setiap peserta akan turut menerima door gift daripada penganjur seperti baju larian, pingat, peralatan audio JBL bernilai RM69.90 (untuk kumpulan dewasa) dan RM129 (untuk kumpulan kanak-kanak).

JBL Concert Run 2018 merupakan satu acara yang unik yang patut disertai kerana ia menggabungkan aktiviti sukan dan juga hiburan dalam satu acara yang sama. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melengkapkan larian sejauh 5 kilometer dan dalam masa yang sama boleh menyaksikan konsert yang akan berlangsung di pantai luncur Sunway Lagoon.

Para peserta juga perlu melengkapkan setiap cabaran yang telah ditetapkan di lima stesen hiburan bertema yang disediakan iaitu Rock Stage, Pop Warrior Obstacle, Safari Music Zone, Techno Tunnel, dan juga Jazz Lazy River. Acara ini akan lebih dimeriahkan lagi dengan penampilan penyanyi tempatan terkenal iaitu Hael Husaini dan juga Joe Flizzow, serta selebriti dari Hong Kong iaitu Hubert Wu. JBL Concert Run 2018 yang dianjurkan oleh hot Gadgets distribution Sdn Bhd ini turut menawarkan cabutan hadiah bertuah bernilai sehingga RM150,000.

Untuk maklumat lanjut tentang JBL Concert Run 2018, sila layari laman rasmi www.jblconcertrun.com atau www.facebook.com/JBLCONCERTRUN/.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend