Seorang Daripada Ahli Pasukan ‘FaZe Clan’ Dilarang Bermain Permainan Fortnite Untuk Seumur Hidup Comments Off on Seorang Daripada Ahli Pasukan ‘FaZe Clan’ Dilarang Bermain Permainan Fortnite Untuk Seumur Hidup 139

Akibat dikesan telah menggunakan hack yang dikenali sebagai ‘aimbots’ dalam permainan popular Fortnite, seorang daripada ahli pasukan ‘FaZe Clan’ iaitu FaZe Jarvis telah dikenakan tindakan tegas oleh pembangun permainan itu. Disebabkan oleh penipuan itu, pemuda berusia 17 tahun itu telah dilarang daripada bermain permainan Fortnite untuk seumur hidup.

FaZe Jarvis atau nama sebenarnya Jarvis Khattri walau bagaimanapun telahpun memuat naik sebuah video yang membuat permohonan maaf kepada para peminatnya. Menurutnya tindakan yang diambil oleh Epic Games selaku pembangun Fortnite itu secara tidak langsung tidak lagi membenarkannya untuk membuat penstriman langsung permainan Fortnite.

Namun begitu, peminat dan juga FaZe Jarvis sendiri merasakan tindakan tegas untuk menyekatnya daripada bermain permainan itu seumur hidup dikatakan adalah tidak adil. Ini kerana terdapat pemain lain yang didapati menipu tetapi tidak pula dikenakan tindakan berat yang sama sepertinya.

Sungguhpun begitu menurut jurucakap Epic Games, mereka tidak akan bertoleransi dengan pemain yang menggunakan perisian berunsur penipuan kerana ia akan merosakkan pengalaman permainan bagi pemain lain yang bermain secara adil.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend