Senheng Anjur Jerayawara OPPO A9 2020 Dengan Hadiah Percuma RM548 – 27 Hingga 29 September 2019 Comments Off on Senheng Anjur Jerayawara OPPO A9 2020 Dengan Hadiah Percuma RM548 – 27 Hingga 29 September 2019 225

Bersempena meraikan hari jualan pertama OPPO A9 2020 yang akan bermula pada 27 September 2019 ini, OPPO Malaysia telah bekerjasama dengan Senheng dalam menganjurkan jerayawara (roadshow) OPPO A9 2020 yang pertama kali diadakan oleh kedai rantaian terbesar Malaysia.

Aktiviti jerayawara yang diadakan di Grand Senheng Pandan Jaya ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 27 hingga 29 September 2019. Setiap pembelian OPPO A9 2020 berharga RM1199 akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM548 iaitu beg eksklusif OPPO (RM159), waranti perlindungan skrin OPPO (RM99), kad microSD (RM112), OPPO PowerBank (RM89) dan Speaker Bluetooth (RM89).

Selain hadiah percuma, pembelian OPPO A9 2020 di Senheng atau senQ secara online atau offline pada 27 hingga 29 September 2019, pembeli akan menerima waranti tambahan 1 tahun di bawah program kesetiaan PlusOne, ansuran mudah 0% faedah sehingga 24 bulan, dan juga hadiah percuma bernilai RM370.

Baca juga:

OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Kini Rasmi Dengan Kuad Kamera Dan Speaker Stereo Pada Harga RM1199 Dan RM699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend