Senator AS Memperkenalkan Rang Undang-Undang Menyekat HUAWEI Daripada Membeli Atau Menjual Paten AS Comments Off on Senator AS Memperkenalkan Rang Undang-Undang Menyekat HUAWEI Daripada Membeli Atau Menjual Paten AS 212

HUAWEI sebelum ini telah mengambil tindakan untuk meminta pembekal rangkaian telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat (AS) untuk membayar yuran pelesenan bernilai lebih USD1 bilion (kira-kira RM4.16 bilion) untuk lebih daripada 230 paten miliknya.

Berikutan daripada tuntutan itu, mulai semalam senator AS telah memperkenalkan rang undang-undang untuk menyekat sebarang aktiviti membeli ataupun menjual paten AS oleh jenama yang ada dalam senarai entiti negara itu. Ini secara tidak langsung telah menghalang HUAWEI daripada terus mendesak tuntutan paten di negara itu.

Namun begitu, rang undang-undang itu telah mendapat bantahan daripada Ketua Pegawai Keselamatan HUAWEI Technologies di AS iaitu Andy Purdy. Menurutnya, undang-undang itu telah menafikan hak asas pemegang paten untuk melindungi harta intelek mereka, iaitu hak yang sebelum ini telah diakui dan dilaksanakan di bawah undang-undang AS dan konvensyen antarabangsa.

Melalui kenyataan rasminya lagi, jika rang undang-undang ini diterima pakai, ia mungkin akan memberikan kesan yang sangat serius melalui wujudnya ketidakpercayaan global terhadap AS, dalam keupayaannya untuk menegakkan serta melindungi hak harta intelek.

Malah kebenaran Trump untuk membenarkan firma AS meneruskan penjualan produknya kepada HUAWEI selagi tidak menimbulkan ancaman keselamatan hanyalah sekadar untuk meredakan rasa tidak puas hati syarikat di AS sahaja. Ini kerana mereka sentiasa mencari jalan untuk terus menyukarkan kelonggaran sekatan itu dengan memperkenalkan undang-undang baharu yang memberi hak campur tangan kerajaan persekutuan terhadap kes pelanggaran hak paten domestik.

sumber

Baca juga:

Huawei Menuntut Lebih Daripada RM4.16 Bilion Untuk Yuran Pelesenan Paten Daripada Verizon

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend