Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1 Comments Off on Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1 558

Sebagaimana yang kita sedia maklum, antaramuka EMUI 9.1 telah diperkenalkan secara rasmi serentak dengan pelancaran siri Huawei P30. Sokongan EMUI 9.1 ini menjanjikan pengalaman yang lebih baik kerana ia tersedia dengan pelbagai ciri-ciri menarik termasuklah sistem fail EROFS yang lebih pantas dan juga GPU Turbo 3.0.

Jika anda tertanya-tanya sama ada peranti anda akan menerima kemas kini EMUI 9.1 ini ataupun tidak, berikut adalah senarai 49 telefon pintar dan juga tablet keluaran Huawei yang akan menerimanya:

  • Mate 20
  • Mate 20 Pro
  • Mate 20 X
  • Mate 20 RS Porsche Design
  • P20
  • P20 Pro
  • Mate 10
  • Mate 10 Pro
  • Mate 10 Porsche Design
  • Mate RS Porsche Design
  • Mate 9
  • Mate 9 Pro
  • Mate 9 Porsche Design
  • P10
  • P10 Plus
  • Nova 4
  • Nova 4e / P30 Lite
  • Nova 3
  • Nova 3e / P20 Lite
  • Nova 3i
  • Nova 2s
  • Mate 20 Lite / Maimang 7
  • Enjoy 9 Plus
  • Enjoy 8 Plus
  • Enjoy MAX
  • Enjoy 9S
  • Enjoy 7S
  • Enjoy 9e
  • MediaPad M5 (10.8 inci)
  • MediaPad M5 (8.4 inci)
  • MediaPad M5 Pro (10.8 inci)
  • MediaPad M5 Youth Edition (10.1 inci)
  • MediaPad M5 Youth Edition (8.0 inci)
  • Enjoy Flat Panel

*ada di antara peranti yang tersenarai di atas tidak dijual secara rasmi di negara ini.

Adakah peranti Huawei anda ada tersenarai sebagai salah satu peranti yang akan menerima kemas kini EMUI 9.1 ini nanti?! Jika ya, mungkin anda perlu bersabar kerana buat masa ini tarikh ketersediaan kemas kini itu masih lagi belum didedahkan secara spesifik. Apa yang pasti, pemilik siri Huawei Mate 20 di China telahpun mula menerima kemas kini EMUI 9.1 versi beta baru-baru ini.

Baca juga:

EMUI 9.1 Beta Dengan Sistem File EROFS dan GPU Turbo 3.0 Kini Tersedia Untuk Siri Huawei Mate 20

GPU Turbo 3.0 Pada EMUI 9.1 Akan Menambah 19 Lagi Judul Permainan Termasuk Fortnite dan Minecraft

Huawei P20 Pro dan Nova 3 Antara Tujuh Daripada Model Yang Akan Menerima EMUI 9.1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend