Senarai Penuh Peranti Xiaomi Dan Redmi Yang Akan Terima Kemas Kini MIUI 11 Comments Off on Senarai Penuh Peranti Xiaomi Dan Redmi Yang Akan Terima Kemas Kini MIUI 11 538

Xiaomi sebelum ini telahpun dilaporkan sedang membangunkan antaramuka terbaharunya iaitu MIUI 11 bagi menggantikan versi sedia ada iaitu MIUI 10. Dengan menggunakan slogan ‘A New and Unique OS’, MIUI 11 sudah tentunya akan menampilkan pengalaman antaramuka yang diperbaharui dan juga fungsi yang lebih menarik.

Jika anda tertanya-tanya sama ada model telefon pintar anda akan menerima kemas kini MIUI 11 ini ataupun tidak, pihak Xiaomi nampaknya telahpun memiliki perancangan untuk menawarkan ketersediaan kemas kini tersebut untuk peranti Xiaomi dan juga sub-jenamanya iaitu Redmi seperti berikut:

Xiaomi:

  • Mi 9
  • Mi 8
  • Mi 8 SE
  • Mi 8 Pro
  • Mi 8 Explorer Edition
  • Mi 6
  • Mi MIX 3
  • Mi MIX 2s
  • Mi MIX 2
  • Mi MIX
  • Mi Note 3
  • Mi Note 2
  • Mi Max 3
  • Mi Max 2
  • Mi Max
  • Mi Play
  • Mi 6X (model Mi A2 untuk pasaran di China)
  • Mi 5c
  • Mi 5X (model Mi A1 untuk pasaran di China)
  • Mi 5s
  • Mi 5s Plus

Redmi:

  • Redmi Note 7
  • Redmi Note 6/6 Pro
  • Redmi Note 5/5 Pro
  • Redmi Note 5A
  • Redmi Note 4
  • Redmi Note 4X
  • Redmi 6
  • Redmi 6A
  • Redmi 6 Pro (model Mi A2 Lite untuk pasaran di China)
  • Redmi 5
  • Redmi 5A
  • Redmi 5 Plus
  • Redmi 4
  • Redmi 4A
  • Redmi 4X
  • Redmi 3s
  • Redmi 3X
  • Redmi S2

Melalui senarai penuh yang dikongsikan ini, penawaran kemas kini MIUI 11 versi beta sudah tentunya akan diberikan pada masa akan datang, iaitu selepas antaramuka itu selesai dibangunkan. Jadi adakah telefon pintar anda turut tersenarai sebagai salah satu daripada peranti yang akan menerima MIUI 11 itu nanti?!

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend