Senarai Penuh Peranti Dengan Sokongan Teknologi Pengecasan Pantas Qualcomm Quick Charge 4/4+, 3.0 Dan 2.0 Comments Off on Senarai Penuh Peranti Dengan Sokongan Teknologi Pengecasan Pantas Qualcomm Quick Charge 4/4+, 3.0 Dan 2.0

Pada pertengahan Oktober yang lalu, Qualcomm telah mengeluarkan senarai penuh rasmi telefon pintar yang hadir dengan sokongan teknologi pengecasan pantas yang dibangunkannya.

Jadi sekiranya anda ingin tahu sama ada model telefon pintar yang digunakan ada menyokong teknologi Quick Charge ataupun ingin mengetahui apakah versi yang digunakan, berikut adalah senarai penuh yang telah dikongsikan oleh Qualcomm sendiri.

Info ringkas Quick Charge 4/4+:

  • Arus maksimum – QC: 2.6A atau 4.6A / USB-PD: 3A
  • Kuasa maksimum – QC: 18W (9V2A) / USB-PD: 27W
  • Sokongan cipset (QC 4+) – Snapdragon 660, 670, 710, 845
  • Sokongan cipset (QC 4) – Snapdragon 630, 636, 660, 835
  • Tahun diperkenalkan – 2017

Info ringkas Quick Charge 3.0:

  • Arus maksimum – 2.6A atau 4.6A
  • Kuasa maksimum – 18W (9V2A)
  • Sokongan cipset – Snapdragon 427, 430, 435, 450, 617, 620, 625, 626, 650, 652, 653, 820, 821
  • Tahun diperkenalkan – 2016

Info ringkas Quick Charge 2.0:

  • Arus maksimum – 1.67A, 2A atau 3A
  • Kuasa maksimum – 18W (9V2A)
  • Sokongan cipset – Snapdragon 200, 208, 210, 212, 400, 410, 412, 415, 425, 610, 615, 616, 800, 801, 805, 808, 810, Exynos (dikenali sebagai Samsung Adaptive Fast Charge)
  • Tahun diperkenalkan – 2015

Perhatian:

Walaupun peranti anda tersenarai untuk menyokong teknologi pengecasan pantas Quick Charge seperti di atas, ia sebenarnya masih bergantung kepada pengeluar peranti itu untuk mengaktifkan/menyokong fungsi tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend