Senarai Penuh Kemas Kini Android Pie Untuk Peranti Samsung Sepanjang Tahun 2019 Nanti Comments Off on Senarai Penuh Kemas Kini Android Pie Untuk Peranti Samsung Sepanjang Tahun 2019 Nanti 884

Bersempena meraikan Krismas, Samsung telah membuat kejutan dengan menawarkan kemas kini One UI berasaskan Android 9.0 Pie untuk pemilik peranti Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ di Jerman, Switzerland, Itali dan juga Emiriah Arab Bersatu. Apa yang lebih menariknya, Samsung turut mengumumkan senarai penuh kemas kini Android Pie untuk semua peranti keluarannya melalui aplikasi ‘Samsung Members’.

Pemilik model Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ di negara terpilih telahpun mula menerima kemas kini One UI.

Senarai 24 model peranti Samsung yang akan terima kemas kini Android 9.0 Pie sepanjang tahun 2019:

  • Januari 2019
    • Galaxy S9
    • Galaxy S9+
  • Februari 2019
    • Galaxy Note9
  • Mac 2019
    • Galaxy S8
    • Galaxy S8+
  • April 2019
    • Galaxy A8 (2018)
    • Galaxy A8+ (2018)
    • Galaxy A7 (2018)
    • Galaxy A9 (2018)
    • Galaxy Tab S4 10.5 inci
  • Mei 2019
    • Galaxy J4
    • Galaxy J4+
    • Galaxy J6
    • Galaxy J6+
    • Galaxy A8 Star
  • Julai 2019
    • Galaxy J7 (2017)
  • Ogos 2019
    • Galaxy J7 Duo
  • September 2019
    • Galaxy Xcover4
    • Galaxy J3 (2017)
    • Galaxy Tab S3 9.7 inci
  • Oktober 2019
    • Galaxy Tab A (2017)
    • Galaxy Tab Active2
    • Galaxy Tab A 10.5 inci

Berdasarkan daripada senarai di atas, jelas dapat dilihat bahawa model Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 edge tidak lagi tersenarai untuk menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Ini berikutan kedua-dua model itu telahpun menerima dua kemas kini utama sejak ia dilancarkan pada 2016 yang lalu.

Sumber

Baca juga:

Samsung Galaxy Note 9 Mula Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie Versi Beta Di Beberapa Negara

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend