Senarai Penuh 11 Peranti HUAWEI Yang Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Bermula 26 Julai Hingga 1 Ogos Comments Off on Senarai Penuh 11 Peranti HUAWEI Yang Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Bermula 26 Julai Hingga 1 Ogos 377

Hari ini pemilik lima model telefon pintar HUAWEI di Malaysia iaitu Nova 4, Nova 4, P20, P20 Pro dan juga Mate RS sudahpun menerima versi stabil untuk kemas kini rasmi EMUI 9.1. Melalui kemas kini baharu ini, pemilik peranti yang dinyatakan sudah mampu menikmati beberapa pembaharuan seperti sistem EROFS, GPU Turbo, HUAWEI Vlog, HUAWEI Share OneHop, nada dering video dan sebagainya.

Jadi sekiranya anda memiliki model telefon pintar HUAWEI, aplikasi pra-pasang HiCare baru-baru ini telah mendedahkan senarai penuh peranti yang akan menerima kemas kini EMUI 9.1 bermula 26 Julai hingga 1 Ogos 2019 nanti. Lebih menariknya, HUAWEI turut mendedahkan tarikh spesifik penerimaan kemas kini tersebut seperti berikut:

26 Julai 2019:

  • Nova 3i

30 Julai 2019:

  • Mate 10
  • Mate 10 Pro
  • Mate 10 Porsche Design
  • Mate 9
  • Mate 9 Pro
  • Mate 9 Porsche Design
  • Y9 2019
  • Nova 4e/P30 lite

1 Ogos 2019:

  • P10 Plus
  • P10

Bagi memastikan anda akan menerima kemas kini EMUI 9.1 pada tarikh yang dinyatakan, anda perlu memeriksa notifikasi penerimaan kemas kini melalui aplikasi HiCare terlebih dahulu. Kami juga sarankan anda agar menjalankan proses ‘Wipe Cache Partition’ melalui mod recovery, ini bagi memastikan kelancaran pengoperasian peranti anda.

Baca juga:

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend