Senarai 40 Peranti Android Yang Akan Menyokong Permainan Fortnite Pada Penghujung September 2018 Nanti Comments Off on Senarai 40 Peranti Android Yang Akan Menyokong Permainan Fortnite Pada Penghujung September 2018 Nanti

Jika sebelum ini kami telah mendedahkan bahawa permainan Fortnite akan ditawarkan secara eksklusif untuk model Samsung Galaxy Note 9 untuk tempoh 30 hari selepas ia dilancarkan secara rasmi. Jika dilihat pada tempoh eksklusif selama 30 hari, permainan Fortnite untuk peranti Android ini mungkin akan boleh dimuat turun pada telefon pintar Android yang lain bermula pada penghujung September 2018 nanti.

Apa yang lebih menariknya, baru-baru ini blog XDA Developers telah berkongsi senarai 40 telefon pintar Android yang akan menyokong permainan tersebut iaitu seperti berikut:

    • Google Pixel 2
    • Google Pixel 2 XL
    • Huawei Mate 10
    • Huawei Mate 10 Lite
    • Huawei Mate 10 Pro
    • Huawei P10
    • Huawei P10 Plus
    • Huawei P10 Lite
    • Huawei P9
    • Huawei P9 Lite
    • Huawei P8 Lite (2017)
    • LG G6
    • LG V30
    • LG V30+
    • Motorola Moto E4 Plus
    • Motorola Moto G5
    • Motorola Moto G5 Plus
    • Motorola Moto G5s
    • Motorola Moto Z2 Play
    • Nokia 6
    • Razer Phone
    • Samsung Galaxy A5 (2017)
    • Samsung Galaxy A7 (2017)
    • Samsung Galaxy J7 Prime (2017)
    • Samsung Galaxy J7 Pro (2017)
    • Samsung Galaxy Note 8
    • Samsung Galaxy On7 (2016)
    • Samsung Galaxy S9
    • Samsung Galaxy S9+
    • Samsung Galaxy S7
    • Samsung Galaxy S7 edge
    • Samsung Galaxy S8
    • Samsung Galaxy S8+
    • Sony Xperia XA1
    • Sony Xperia XA1 Ultra
    • Sony Xperia XA1 Plus
    • Sony Xperia XZ
    • Sony Xperia XZs
    • Sony Xperia XZ1

Jika dilihat semula pada senarai yang XDA Developers perolehi secara rasmi dari laman rasmi Epic Games, banyak antara model telefon pintar Android seperti Google Pixel generasi pertama, siri Huawei P20, honor Play, dan banyak lagi model yang tidak disokong. Ini sebenarnya disebabkan oleh Epic Games dikatakan masih lagi mencuba dan sedang mengoptimumkan permainan Fortnite ini pada peranti Android yang lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend