Senarai 10 Antaramuka Terbaik Dikeluarkan Master Lu Benchmark – OnePlus Mendahului Comments Off on Senarai 10 Antaramuka Terbaik Dikeluarkan Master Lu Benchmark – OnePlus Mendahului

Ujian penanda aras dilakukan untuk menilai tahap prestasi sesebuah telefon pintar berdasarkan perkakasan yang digunakan. Tidak hanya bergantung pada perkakasan, antaramuka juga memainkan peranan penting dalam mengukur prestasi peranti. Daripada segi perisian, setiap pengeluar mempunyai dua pilihan sama ada menggunakan versi Android dengan banyak kustomasi atau versi Android asli dengan sedikit kustomasi. Malah, ada juga pengeluar yang terus meletakkan Android asli sepenuhnya tanpa kustomasi didalam produk mereka.

Jika mereka memilih penyelesaian yang pertama, ia menawarkan lebih banyak ciri dan aplikasi berguna, manakala penyelesaian yang kedua pula menghasilkan prestasi yang lebih baik. Master Lu Benchmark telah mengeluarkan senarai 10 antaramuka terbaik untuk Android daripada segi prestasi.

Berdasarkan info grafik, kedudukan yang pertama dipegang oleh Hydrogen OS daripada OnePlus yang kita sedia maklum menggunakan Android asli sepenuhnya. Di tempat kedua, EMUI daripada Huawei melalui antaramuka yang sarat kustomasi. Tempat ketiga oleh Smartisan OS daripada Smartisan dan diikuti tempat keempat, MIUI daripada Xiaomi. Kemudian tempat kelima dan keenam daripada ColorOS di peranti Oppo dan Samsung Experience di peranti Galaxy. Manakala kedudukan seterusnya oleh Google Pixel, HTC Sense, Funtouch OS, dan Nubia UI.

Menurut Master Lu Benchmark, kedudukan ranking ini telah dibuat berdasarkan penggunaan desktop, penggunaan aplikasi, kelancaran pelayar web, melihat foto, menyalin fail, kelajuan boot, dan lain-lain operasi. Jelas mereka, ia mustahil untuk menilai setiap senario jadi jangan jadikan kedudukan ranking ini sebagai kedudukan yang komprehensif. Tetapi kami percaya ranking ini sangat berguna kepada orang ramai untuk mengetahui bahawa cip yang hadir di dalam telefon pintar bukan satu-satunya indeks untuk prestasi. Ada juga telefon pintar kelas pertengahan beroperasi lebih teruk berbanding telefon kelas permulaan.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend