Semua Kedai Fizikal Xiaomi Di China Ditutup Sehingga 2 Februari Berikutan Wabak Virus Koronavirus Comments Off on Semua Kedai Fizikal Xiaomi Di China Ditutup Sehingga 2 Februari Berikutan Wabak Virus Koronavirus

Setakat 27 Januari 2020, sebanyak 4515 kes virus Koronavirus telah disahkan di China, dan ia telah mencatatkan kenaikan yang sangat tinggi berbanding hanya 2835 kes sehari sebelum itu. Malah kes kematian berikutan virus itu juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 106 kematian.

Berikutan daripada wabak virus Koronavirus itu, kebanyakan pengeluar telefon pintar tempatan di negara itu seperti HUAWEI dan Xiaomi telahpun dilaporkan akan membantu kerajaan di negara itu untuk menangani virus baharu tersebut.

Dalam usaha membendung penularan virus itu, Xiaomi telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menutup kesemua kedai fizikalnya di negara itu berkuat kuasa 29 Januari sehingga 2 Februari 2020 nanti.

Menurut Xiaomi lagi, kesemua kedai fizikal miliknya di China akan beroperasi semula seperti biasa pada 3 Februari 2020. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan terhadap lanjutan penutupan kedai fizikal Xiaomi akan dimaklumkan secara berasingan pada masa akan datang.

Sebarang pembelian produk keluaran Xiaomi di negara itu boleh dibuat melalui pesanan secara atas talian, iaitu melalui laman rasmi Xiaomi ataupun aplikasi beli-belah Xiaomi.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend