Selepas Pekerja Diberhentikan, Kini Moto X5 Dan Aksesori Moto Mods Pula Terpaksa Dibatalkan?! Comments Off on Selepas Pekerja Diberhentikan, Kini Moto X5 Dan Aksesori Moto Mods Pula Terpaksa Dibatalkan?! 366

Awal tahun 2018 yang lepas, Motorola Mobility telah mendedahkan perancangan mereka untuk memperkenalkan model Moto X5 yang menampilkan paparan skrin 18:9 dengan rekaan takuk yang kini menjadi satu trend pada peranti Android.

Tidak sampai dua bulan berita pendedahan Moto X5 itu dibuat, nampaknya Motorola Mobility terpaksa ‘tebalkan muka’ mereka selepas dikatakan akan membatalkan pelancaran model tersebut. Menurut sumber, Motorola juga turut merancang untuk membatalkan aksesori Moto Mods yang sudahpun memasuki peringkat pembuatan.

Program Moto Mods yang menawarkan pelbagai aksesori menarik turut dibatalkan dan Motorola Mobility memfokuskan pada aksesori asas sahaja.

Pembatalan model Moto X5 dan aksesori Moto Mods ini dibuat selepas tersebarnya khabar angin yang mengatakan Motorola Mobility akan memberhentikan atau mengurangkan staf di syarikat berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, Motorola Mobility juga merancang untuk hanya memfokuskan pada segmen bajet dari siri Moto E dan Moto G sahaja buat masa ini. Manakala model premium dari siri Moto Z akan diteruskan, dan aksesori Moto Mods pula akan dihadkan kepada aksesori yang lebih asas seperti pek bateri atau sarung pelindung.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend