Selepas Hilang Di Laut Selama 2 Tahun, Kamera DSLR Ini Diserahkan Semula Pada Pemiliknya Comments Off on Selepas Hilang Di Laut Selama 2 Tahun, Kamera DSLR Ini Diserahkan Semula Pada Pemiliknya 640

Jika barang milik anda terjatuh di tengah laut, peluang untuk menjumpainya sudah tentunya sangat tipis. Tetapi seorang pemilik kamera DSLR ini nampaknya sangat bernasib baik apabila ia mampu mendapatkan semula kamera itu selepas 2 tahun hilang di dalam laut.

Berdasarkan kepada cerita yang dikongsikan, sekumpulan kanak-kanak sekolah di Taiwan telah menjalankan aktiviti untuk membersihkan kawasan persisiran pantai. Salah seorang daripada pelajar lelaki yang berusia 11 tahun dikatakan telah terjumpa sebuah objek yang telah dipenuhi dengan teritip dan juga kerang akibat terlalu berada di dalam air.

Apabila dibersihkan, objek itu merupakan kamera DSLR model Canon G12 yang dilindungi dengan sarung kalis air. Apa yang lebih menariknya, walaupun sudah lama berada di dalam air, kamera itu masih memiliki bateri dan berfungsi dengan baik. Selepas guru yang bertugas melihat koleksi gambar di dalam kamera itu, dia telah mengambil keputusan untuk berkongsi beberapa keping gambar yang diambil menggunakan kamera itu melalui laman Facebook miliknya bagi mencari pemilik asal.

Kurang dari 48 jam, status yang telah dimuat naik itu telah menerima lebih daripada 10 ribu perkongsian dan akhirnya pemilik kamera itu berjaya menghubungi semula guru berkenaan selepas salah seorang daripada rakannya ternampak status yang menjadi tular itu. Pemilik itu berasal dari Jepun dan dia pernah pergi melakukan aktiviti skuba di Pulau Ishigaki di Jepun iaitu lebih kurang 250km dari tempat kamera itu dijumpai di Taiwan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend