Sekurang-kurangnya Satu Model iPhone Dengan RAM 4GB Diperkenalkan Tahun Ini Comments Off on Sekurang-kurangnya Satu Model iPhone Dengan RAM 4GB Diperkenalkan Tahun Ini

Beberapa bulan sahaja lagi syarikat yang bertapak di Cupertino akan melancarkan barisan iPhone terbaharu disamping sistem perisian iOS 12. Seperti kebiasan, ada maklumat yang mula bocor dan kali ini mengenai perkakasan dalaman iPhone 2018.

Sekurang-kurangnya satu model iPhone bakal tampil dengan kapasiti memori RAM sebesar 4GB – versi iPhone tertinggi setakat ini hanya 3GB. Tidak mustahil versi 4GB ini akan digunakan pada varian yang tertinggi seperti mana pernah ditawarkan pada versi Plus.

Berita ini dikukuhkan lagi dengan kongsian data ujian penanda aras daripada Geekbench yang menujukkan iPhone (model tidak dikenali) hadir dengan memori lebih besar. Skor yang dicatatkan juga lebih tinggi menerusi cip pemproses Apple A12.

Ramai menjangka model 4GB akan diperkenalkan pada iPhone Xs Plus yang memiliki saiz skrin bersaiz 6.4-inci OLED. Harganya pula mungkin melebihi RM5 ribu untuk pasaran Malaysia kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend