Sekitar 2 Juta Unit Telefon Pintar OPPO Dengan Sokongan ’10x Lossless Zoom’ Akan Dibekalkan Menjelang April Nanti Comments Off on Sekitar 2 Juta Unit Telefon Pintar OPPO Dengan Sokongan ’10x Lossless Zoom’ Akan Dibekalkan Menjelang April Nanti 477

Di dalam acara MWC 2019 yang lepas, OPPO telahpun melancarkan teknologi kamera dengan sokongan ’10x Lossless Zoom’ kepada umum, dan peranti pertama dengan fungsi itu dilaporkan akan diperkenalkan bermula April 2019 nanti.

Bagi memastikan permintaan yang mencukupi, OPPO baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka telah memiliki sekitar 2 juta unit telefon pintar dengan sokongan fungsi tersebut. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Naib Presiden OPPO melalui akaunnya di Weibo, dan penawaran 2 juta unit peranti untuk jualan pertama itu nanti sudah tentunya mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna.

Mod 1x
Mod 10x Lossless Zoom

Sokongan kamera dengan fungsi 10x Lossless Zoom ini akan menggunakan sistem lensa jenis periskop bagi memastikan rekaan yang lebih kompak dengan keupayaan zum yang sangat baik. Telefon pintar OPPO yang pertama menyokong fungsi ini juga dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend