Sebanyak 230 Emoji Baharu Untuk Telefon Pintar Akan Disertakan Pada Tahun Ini Comments Off on Sebanyak 230 Emoji Baharu Untuk Telefon Pintar Akan Disertakan Pada Tahun Ini 259

Selain perkataan dan ayat, emoji juga digunakan dalam permesejan di telefon pintar. Pada tahun ini, sebanyak 230 emoji baharu diperlihatkan dalam senarai akhir Unicode 12.0. Ini bermakna tidak lama lagi, pengguna di platfom iOS dan Android akan menerima sejumlah emoji antaranya orang utan, muka mengantuk, pasangan berlainan kaum (lelaki atau perempuan), kiub ais, tiram, bawang, dan sebagainya.

Emoji kali ini juga banyak meyertakan emoji berkaitan orang kehilangan upaya seperti orang pekak, tangan dan kaki mekanikal, tongkat orang buta, orang buta sedang berjalan, kerusi roda, dan alat bantuan pendengaran. Emoji ini juga adalah sebahagian cadangan daripada Apple pada tahun lepas.

Unicode memaklumkan kebanyakan pengeluar akan melepaskan emoji baharu ini pada kemas kini seterusnya pada bulan September atau Oktober depan. Ada juga yang melepaskannya lebih awal bergantung pada pengeluar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend