Sebanyak 20 Juta Unit Siri Redmi Note 7 Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran Global Comments Off on Sebanyak 20 Juta Unit Siri Redmi Note 7 Telah Berjaya Dijual Untuk Pasaran Global

Dilancarkan secara rasmi pada awal tahun lalu, siri Redmi Note 7 dilihat telah berjaya mendapat perhatian banyak pihak apabila ia telah berjaya mencatatkan rekod jualan yang sangat memberangsangkan untuk pasaran global.

Ini terbukti apabila ia telah berjaya terjual sebanyak 4 juta unit pada Mac, diikuti angka jualan sebanyak 10 juta unit pada bulan Mei, dan juga 15 juta unit pada bulan Julai 2019. Walaupun sudah hampir tujuh bulan berada di pasaran, rekod jualan Redmi Note 7 dilihat tidak pernah berkurangan.

Malah semalam pihak Xiaomi sendiri telah mengumumkan ia telah berjaya mencatatkan angka jualan sebanyak 20 juta unit setakat 20 Ogos 2019. Melalui perkongsian tweet itu, ia mungkin menjadi petanda awal akan kemunculan generasi baharu siri itu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Baca juga:

[Ulasan] Redmi Note 7 – Peranti Mampu Milik Dengan Spesifikasi Terbaik Dalam Kelasnya

Xiaomi Umum Sebanyak 15 Juta Unit Redmi Note 7 Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh 6 Bulan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend