Sebanyak 1 Juta Unit HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Berjaya Dijual Dalam Tempoh 3 Jam Di China Comments Off on Sebanyak 1 Juta Unit HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Berjaya Dijual Dalam Tempoh 3 Jam Di China

Sewaktu HUAWEI melancarkan siri Mate 30 di Jerman pada 19 September yang lalu, ia jelas menyaksikan sokongan spesifikasi dan juga keupayaan penggambaran yang jauh lebih berkuasa berbanding sebelum ini. Sungguhpun begitu, buat masa ini Mate 30 dan juga Mate 30 Pro hanya dijual secara rasmi untuk pasaran di China sahaja.

HUAWEI Mate 30 Pro kini berjaya di kedudukan teratas di DxOMark sebagai telefon pintar berkamera terbaik.

Walaupun berhadapan dengan sekatan perkhidmatan Google pada peranti terbaharu HUAWEI itu, nyata sambutan terhadap Mate 30 dan Mate 30 Pro di China sedikitpun tidak tergugat. Menurut HUAWEI, sebanyak 1 juta unit siri Mate 30 telah berjaya dijual di negara itu dalam tempoh tiga jam ia mula dijual.

Barisan panjang pada hari pertama jualan siri Mate 30 di kedai HUAWEI Global Flagship Store yang baru dibuka di China.

Buat masa ini HUAWEI masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi dan angka sebenar jualan masih lagi belum dapat disahkan. Namun berdasarkan gambar yang telah dimuat naik di Weibo, ia jelas menyaksikan barisan yang sangat panjang untuk di luar kedai HUAWEI Global Flagship Store yang baru dibuka di Shenzhen, China.

Menurut Forbes, stok HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro di platform terbesar di China iaitu Taobao juga dilaporkan telah habis. Malah model Mate 30 yang diimport untuk pasaran Hong Kong juga dilaporkan telah dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding harga asal.

Baca juga:

HUAWEI Global Flagship Store Yang Pertama Kini Mula Dibuka Secara Rasmi Di Shenzhen, China

HUAWEI Mate 30 Pro Berjaya Berada Di Kedudukan Teratas DxOMark Dengan 121 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend