Satu Gadget Cawangan PGRM Menawarkan Xiaomi Mi Band 2 Pada Harga RM1 Dalam Promosi 11.11 0 424

Jika anda sedang mencari telefon pintar dengan bajet yang agak terhad, Satu Gadget Dot Com kini mengadakan jualan murah ‘11.11 Biggest Shopping Sale’ bermula hari ini (9 November) hingga 11 November 2018. Sepanjang tempoh promosi, anda boleh memiliki telefon pintar dengan potongan harga sehingga 40%.

Selain daripada itu, bagi yang berminat dengan peranti set import, 1G turut menawarkan potongan harga sehingga 60% termasuk gelang pintar Xiaomi Mi Band 2 yang berharga RM11 sahaja.

Sementara ke bahagian aksesori pula, sejumlah produk premium turut diberikan perhatian. Seperti contoh, anda boleh mendapatkan fon telinga berjenama Skull Candy dengan harga RM11 seunit.

Jika anda bercadang untuk beratur lebih awal di depan kedai, anda turut berpeluang mendapatkan aksesori serendah RM1 merangkumi speaker, fon kepala, pengecas dalam kereta, dan pelbagai lagi.

Tawaran menarik daripada Satu Gadget Dot Com hanya boleh dinikmati di cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Menara PGRM. Jualan promosi bermula pada pukul 11 pagi selagi stok masih ada.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend