Satu Gadget Cawangan PGRM Anjur Jualan Murah Telefon Pintar Pada Harga Serendah RM99 – ‘Diwali Super Sale’ Comments Off on Satu Gadget Cawangan PGRM Anjur Jualan Murah Telefon Pintar Pada Harga Serendah RM99 – ‘Diwali Super Sale’

Jika anda sedang mencari telefon pintar dengan bajet yang agak terhad, Satu Gadget Dot Com sedang mengadakan jualan murah ‘Diwali Super Sale’ bermula hari ini (26 Oktober) hingga 4 November 2018 nanti. Sepanjang tempoh promosi ini, anda boleh memiliki telefon pintar pada harga serendah RM99 sahaja. Terdapat tiga tawaran menarik boleh anda nikmati seperti berikut:

‘Diwali Super Sale’

Satu Gadget menawarkan pelbagai produk termasuk telefon pintar dan juga aksesori seperti gelang tangan kecergasan pada harga bermula daripada RM29 untuk Xiaomi Mi Band Pulse hinggalah RM1,299 untuk iPhone 7 32GB. Kesemua produk yang dijual ini tersedia dalam kuantiti yang terhad dengan jaminan waranti selama 1 bulan oleh Satu Gadget. Produk yang dijual ini juga terdiri daripada set original Malaysia dan juga set import (AP).

‘Display Clearance’

Sama seperti tawaran di atas, set ‘Display Clearance’ ini juga turut menyokong jaminan waranti selama 1 bulan daripada Satu Gadget dan ia merupakan unit demo. Harga jualannya adalah bermula daripada RM99 untuk model Motorola C dan Vivo Y21 hingga RM1,399 untuk model Vivo X21 dan ia akan ditawarkan selagi stok masih ada. Ada di antara unit yang dijual hanya menerima peranti sahaja tanpa kotak.

‘Extreme Original Set Sale’

Sepanjang tempoh promosi ini diadakan, anda juga boleh mendapatkan pelbagai model telefon pintar yang masih hangat di pasaran seperti Xiaomi Pocophone F1, Xiaomi Mi 8, Huawei Nova 2i, Samsung Galaxy J4 dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM339 untuk Samsung Galaxy J2 Prime hingga RM4,149 untuk model Samsung Galaxy S9 Plus. Untuk model terpilih, pembeli akan turut menerima tiket konsert AOM secara percuma.

Aksesori Pilihan ‘Diwali Super Sale’

Selain telefon pintar, Satu Gadget turun menawarkan aksesori menarik pada harga yang sangat murah seperti Xiaomi Mi Band Pulse (1S) pula boleh dimiliki pada harga RM29 seunit, dan juga Xiaomi Mini Color Backpack berharga RM19.90 yang hanya terhad untuk 20 unit sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend