Satu Gadget Anjur ‘NEX Launching & Carnival Sale’ 28 Julai Ini – Potongan Harga Dan Aksesori Serendah RM1 Comments Off on Satu Gadget Anjur ‘NEX Launching & Carnival Sale’ 28 Julai Ini – Potongan Harga Dan Aksesori Serendah RM1

Satu Gadget selaku pengedar telefon pintar terbesar di Malaysia hari ini memanggil para pembaca TeknoRatz untuk menanda kalendar masing-masing pada 28 Julai 2018 ini kerana mereka akan mengadakan promosi besar-besaran menawarkan sejumlah peranti vivo pada harga jauh lebih rendah berbanding biasa.

Acara yang dinamakan ‘NEX Event’ sebenarnya ialah untuk menyambut kehadiran vivo NEX ke pasaran Malaysia. Dalam masa yang sama, Satu Gadget juga menyediakan aksesori telefon pintar pada harga serendah RM1 untuk direbut. Jualan kilat RM1 ini hanya akan ditawarkan kepada para pelanggan yang memegang kad bernombor. Kad bernombor akan diedarkan sebelum pukul 10.30 pagi 28 Julai 2018 di depan pintu masuk Satu Gadget, Menara PGRM, Cheras.

Antara promosi lain ialah:

  • Pelindung skrin X-One berharga RM69.
  • Diskaun 50% untuk aksesori terpilih Olike.
  • Aksesori tulen Huawei.
  • Telefon pintar terpakai.

Pada awal tadi, kami ada sebutkan tawaran harga istimewa untuk telefon pintar vivo. Ya, anda boleh dapatkan telefon pintar vivo terpilih seperti:

Disamping itu, bagi yang ingin mendapatkan telefon pintar terbaharu vivo NEX, ia boleh dibeli pada harga RM2,799, atau yang ingin membuat pra-tempah lebih awal akan membawa pulang hadiah misteri bernilai RM399.

Kami yakin tentu anda dah tak sabar dengan promosi sebegini bukan, jadi kunjungi Satu Gadget pada 28 Julai 2018 (Sabtu) ini bermula 10.30 pagi sehingga 10 malam. Ingat ye ajak kawan-kawan sekali!

Lokasi: Satu Gadget

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend