Sarung Spigen Ini Tunjuk Reka Bentuk Sebenar Huawei P30 Dan P30 Pro Comments Off on Sarung Spigen Ini Tunjuk Reka Bentuk Sebenar Huawei P30 Dan P30 Pro 355

Huawei P30 dan P30 Pro akan dilancarkan pada penghujung bulan Mac depan. Seperti biasa, pihak ketiga terutamanya pengeluar sarung akan menerima reka bentuk peranti terlebih dahulu untuk pengeluaran sarung mereka.

Terkini di laman rasmi Spigen, syarikat tersebut telah membuka jualan sarung Huawei P30 dan P30 Pro kepada orang ramai. Bukan itu yang menarik perhatian kami tetapi sebaliknya reka bentuk peranti itu sendiri telah tertiris lebih awal sebelum pelancaran rasmi.

Daripada gambar, Huawei P30 dilihat menggunakan tri-kamera belakang. Ketiga-tiga sensor nampaknya telah diletakkan sekali dalam satu modul dan tidak berasingan seperti model Pro sebelum ini. Permukaan panel depan pula sedikit melengkung malah turut dipadankan dengan skrin bertakuk titisan air.

Sementara Huawei P30 Pro pula, kamera belakang dilihat telah menjalani proses reka semula kali ini menempatkan empat sensor kamera sekaligus. Lampu flash dan sensor inframerah pula telah dialihkan ke bahagian tepi modul menjadikan rekaan kamera P30 Pro tampak lebih segar.

Tidak mustahil rekaan seperti ini akan kita lihat pada pelancaran rasmi kelak atau ia hanya sekadar gimik daripada pihak pengeluar sarung terkemuka dunia.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend