Sarung Ini Mampu Menawarkan Pengecasan Tanpa Wayar Pada Huawei P30 Comments Off on Sarung Ini Mampu Menawarkan Pengecasan Tanpa Wayar Pada Huawei P30

Satu kelebihan yang dimiliki Huawei P30 Pro adalah keupayaan peranti dicas tanpa menggunakan wayar, sementara Huawei P30 pula tidak memiliki ciri tersebut. Bagaimanapun pengguna boleh menggunakan cara alternatif untuk meletakkan ciri tersebut pada peranti Huawei P30 mereka.

Oleh itu Huawei telah mengeluarkan sarung istimewa untuk Huawei P30 yang membolehkan peranti dicas menggunakan dermaga pengecas. Ini bermakna pengguna tidak perlu mencucuk kabel pada sambungan port. Selain daripada menawarkan ciri menarik kepada pengguna, rekaan sarung ini juga agak bergaya melalui rongga-rongga di seluruh bahagianya.

Sarung yang dinamakan Wireless Charging Case ini didatangkan dengan dua pilihan warna, Jingga dan Turqouise. Terdapat logo petir di tengah-tengah sarung bagi mengingatkan pengguna akan ketersedian ciri menariknya. Di bahagian bawah pula menyertakan magnet untuk memudahkan pengguna menggatung peranti di dok kereta.

Sarung istimewa ini menyokong pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W – sedikit rendah berbanding Huawei P30 Pro yang menyokong teknologi 15W.

Buat masa ini harga belum dipamerkan termasuk ketersediaannya.

Baca juga:

Ini Merupakan Koleksi Sarung Rasmi Untuk Huawei P30 Dan P30 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend